Monday, December 10, 2007

Sunday, December 9, 2007

Tuesday, October 30, 2007

Fadhilat Puasa

Amalan Doa Selepas Tunaikan Solat..

Bismillahhirrohmaanirrohiim....

· Alhamdulillahi rabbil ‘aalamiin
· Wassalaatu wassalaamu ‘alaa saiyidil mursaliin
· Wa-imaamil muttaqin
· Wa-‘alaa aalihi wa ahli baitihi wasahbihi ajma ‘iin

· Allaahumma innaa nas aluka salaamatan fid diin
· Wa ‘aafiyatan filjasad
· Wazaiyaadatan fil ‘ilmi
· Wabarakatan fir rizqi
· Wataubatan qablal maut
· Warahmatan ‘indal maut
· Wamaghfiratan ba ‘dal maut

· Rabbanaa laa tuzigh quluubana
· Ba ‘daiz hadaitanaa
· Wahab lanaa mil ladunka rahmah
· Innaka antal wah haab

· Allaahumma ahyina bil iimaan
· Wa amitsnaa bil iimaan
· Allaahummaghfirlanaa zunuubanaa
· Walawalidaina warhammuhaa
· Kamaa rabbayaanaa saghiiraa
· Walijamii ‘il muslimiin (na)
· Walmuslimaat (ti)
· Walmu ‘miniin (na)
· Walmu ‘minaatil ahyaa-i wal amwaat

· Allaahummakhtim lanaa bihusnil khaatimah
· Walaa takhtim ‘alainaa
· Bisuu il khaatimah
· Rabbanaa aatina fid dun yaa hasanah
· Wafil aakhirati hasanah
· Waqinaa ‘azaaban naar

· Wasallallaahu ‘alaa saiyidina Muhammad
· Wa ‘alaa aalihi wasahbihi wasallam
· Walhamdulillahi rabbail ‘aalamiin

· Al-Fatihah

· Aamiin, aamiin ya Allah
· Aamiin yaa Rahmaan
· Aamiin yaa Rabbal ‘aalamiin
· Rabbanaa taqabbal minnaa du ‘aa anaa
· Innaka antas samii ‘ul aliim (mu)
· Watub ‘alainaa innaka antat tauwabur rahiim (mu)
· Da’ waahum fiiha subhaanaakallaahumma
· Watah hiyatuhum fiiha salaam (mun)
· Wa aakhiru da’ waa hum anil hamdulillaahi rabbil ‘aalamiin

Monday, October 29, 2007

IBADAH HAJI

Assalamualaikum

Haji adalah salah satu Rukun Islam yang lima, yang diwajibkan ke atas kita umat Islam, yang mempunyai kemampuan untuk mengunjungi Tanah Suci, Mekah Al-Mukarramah bagi mengerjakanya. Pada tahun ini jika tepat seperti pengiraannya, tarikh Hari Wukuf ialah pada 19hb Disember ini.Pada masa ini para jemaah yang telah mendaftar untuk ke Mekah pada tahun ini, semuanya sudah tentu telah siap sedia dengan segala keperluannya termasuk telah menghadiri kursus-kursus haji yag telah diadakan di Masjid-Masjid sejak beberapa bulan yang lalu. Kini para jemaah tentunya sedang tertunggu-tunggu untuk mengetahui tarikh dan masa penerbangan mereka ke Mekah tersebut. Semoga mereka akan selamat pergi dan balik serta mendapat haji yang mabrur. InsyaAllah.Apa yang saya ingin saya perkatakan di sini ialah, terdapatnya golongan yang mampu dalam segala hal untuk pergi mengerjakan haji, tetapi masih menangguhkan untuk berbuat demikian. Banyak alasan yang mereka beri kenapa belum lagi mengerjakan haji walaupun telah mampu. Namun begitu, walau apa juga alasan yang mereka ada semuanya oleh diatasi jika ada kemahuan.Tetapi disamping itu terdapat juga jemaah yang telah beberapa kali mengerjakan haji dan masih teruja untuk pergi lagi.Bagi menyuntik sedikit semangat kepada golongan ini di bawah ini saya paparkan beberapa terjemahan Al-Quran dan hadis untuk manfaat kita bersama:"Mengerjakan ibadah haji adalah kewajiban manusia terhadap Allah bagi mereka yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah." (Ali Imran : 97)"Barangsiapa yang memiliki bekal dan kenderaan yang dapat menyampaikannya untuk berhaji ke Rumah Allah, iaitu Masjid Al-Haram, dan dia tidak berhaji, maka pilihlah dia untuk mati sebagai Yahudi atau Nasrani (Kristian), dan yang demikian itu kerana Allah s.w.t. telah berfirman: "Mengerjakan haji itu adalah kewajipan manusia terhadap Allah bagi mereka yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah!" (Riwayat Termidzi dan Baihaqi)."Dan belanjakanlah sebahagian dari apa yang Kami berikan kepada kamu sebelum datang kematian pada salah seorang di antara kamu, lalu ia berkata: "Ya Tuhanku! Mengapakah Engkau tidak menangguhkan kematianku sampai waktu yang dekat, supaya aku dapat bersedekah dan nanti aku tergolong ke dalam golongan orang-orang yang soleh (Yang akan naik haji). Malangnya Allah sekali-kali tidak akan menangguhkan kematian seseorang, apabila datang waktu kematiannya, dan Allah Maha mengenal apa yang kamu kerjakan." (Al-Munafiqun: 10-11).Walahua'lam.

Sunday, October 28, 2007

Keluargaku

Isteriku yang tercinta Hajjah Ramlah Haji Othman dan anak-anak yang disayangi Dr. Ninie Ellissa, Mohd Alfisyahr, Mohd Ashsyahir serta menantu yang dikasihi Dr. Khayrool b. Taib

Ya Mecca

Nasyid ini ditujukan khas untuk saudara-saudaraku kaum muslimin dan muslimat, dengan iringan doa semoga dapat menunaikan ibadah haji yang mabbrur...InsyaAllah.